Saturday, July 4, 2015

LATAR BELAKANG SYARIKAT

D Belsa Formula Industry (NS0129343-X) merupakan sebuah syarikat 100% milik penuh bumiputera yang dipelopori oleh anak-anak Felda.

Berteraskan konsep lifestyle iaitu "Kesihatan Di Hujung Jari" telah menyumbang satu konsep perniagaan yang memberi khidmat bukan sahaja terhadap kesihatan pengguna bahkan telah mewujudkan satu peluang perniagaan lumayan bagi individu yang berminat untuk menceburi perniagaan di pasaran tempatan.

Misi kami untuk membantu semua golongan mengamalkan konsep budaya hidup sihat untuk tampil lebih yakin, sihat, segar dan bertenaga serta menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan menjadi pengedar produk keluaran kami.

Visi kami adalah ingin menjadi sebuah syarikat trading yang mengeluarkan produk kesihatan dengan konsep eksklusif tetapi mampu milik. Kami memastikan pihak-pihak di bawah jagaan kami boleh menjana pendapatan dan keuntungan dengan cara yang mudah dan halal. Kami akan memastikan kelancaran proses ini dengan mewujudkan pengurusan yang cepat dan baik, pemilihan produk yang berkualiti dan berkesan serta menyediakan bantuan pemasaran serta motivasi perniagaan.

Produk utama kami adalah pemanis penganti gula yang dinamakan sebagai SIMPLY DROPS. Produk ini dihasilkan dengan teknologi nano daripada ekstrak tebu hitam yang lebih berkhasiat berbanding gula dipasaran yang telah dicemar oleh banyak bahan kimia yang memudaratkan kesihatan.

Alamat Syarikat:

D Belsa Formula Industry (NS0129343-X)
419B Jalan Haruan 4
Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan

Tel No: 06-7757155




No comments:

Post a Comment